Partime Job

Thursday 15 March 2012

Kakitangan kerajaan, pelajar di luar negara boleh undi pos

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di luar negara dibenar mengundi secara pos pada masa akan datang menerusi cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PAC).

Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata pengundian berkenaan tidak dapat dijalankan jika Parlimen dibubar dalam tempoh terdekat kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan beberapa pindaan terhadap peraturan sedia

“Seperti yang dinyatakan oleh SPR kepada kami, ia boleh dilakukan. Walaupun ada beberapa ahli PAC yang tidak bersetuju selaras dengan usaha mengurangkan pengundi pos, namun untuk keadaan yang tidak boleh dielakkan, (pengundian) perlu dilakukan secara pos juga,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di Parlimen semalam.
Maximus berkata, tidak praktikal untuk meletakkan peti undi di semua kedutaan kerana ia membabitkan pelbagai prosedur yang hanya akan merumitkan lagi keadaan.

“Bukan selalu rakyat kita di luar negara mengunjungi kedutaan, ada yang tinggal jauh dari kedutaan kita dan ada juga negara yang tidak mempunyai pejabat kedutaan Malaysia,” katanya.

Katanya, kebenaran untuk mengundi secara pos selama ini hanya diberikan kepada kakitangan kerajaan dan penuntut Malaysia di luar negara.

“Selama ini hanya mereka saja yang diberi kebenaran itu.
“Dengan adanya keputusan ini, ia membolehkan mana-mana rakyat Malaysia di luar negara yang layak mengundi berbuat demikian.

“Kita ada hampir 2,000 rakyat Malaysia di luar negara yang layak mengundi,” katanya.

Menjawab soalan mengenai kebenaran mengundi secara pos untuk pengamal media, Maximus berkata, semua pengamal media yang bertugas pada hari pengundian perlu memohon untuk mengundi secara pos dan memperoleh surat pengesahan majikan sebagai bukti.

“Kebenaran itu hanya untuk pengamal media yang bertugas pada hari pengundian,” katanya.

smber : bharian

No comments: