Partime Job

Friday, 2 March 2012

Anak Mawi


KUALA LUMPUR: Sejak kelahiran puteri sulungnya diberi nama Cahaya Malaika, tidur Mawi tidak lagi lena seperti dulu, tetapi dia tidak pernah merungut, malah bahagia dan puas setiap kali menatap wajah comel si kecil itu.

Menurut Mawi, dia dan Ekin sama-sama bersetuju menamakan anak mereka Cahaya Malaika yang bermaksud Cahaya Permaisuri. Mawi berharap kehadiran si kecil itu menambah kebahagiaan dan melengkapkan kehidupan mereka. “Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dengan kurniaan ini. Jujurnya, saya sangat teruja menanti kehadiran cahaya mata pertama dan debaran itu kini berbalas selepas dapat mendakapnya,” katanya.

KULAIJAYA: “Saya teruja dan sebak sebaik menerima berita yang Ekin selamat melahirkan puteri sulung yang juga cucu kesembilan selepas Mawi (Asmawi Ani, 31) memaklumkan perkara itu menerusi SMS seminit selepas dia bergelar bapa.

“Kami sekeluarga selain penduduk di tanah rancangan ini tidak sabar menanti kepulangan mereka bertiga selepas Ekin (Nora’Asikin Rahmat) habis berpantang sekali gus menganjurkan kenduri kesyukuran dan majlis potong jambul di sini,” kata ibu Mawi, Ramlah Sarlan, 67, semalam.


Menurutnya, kehadiran cucunya yang diberi nama Cahaya Malaika dapat mengeratkan lagi hubungan anak dan menantunya itu selepas mereka menunggu hampir empat tahun untuk mendapat cahaya mata pertama. Katanya, menantunya itu sebelum ini pernah gugur ketika hamil kali pertama hingga membimbangkan keluarganya. “Alhamdulillah, Mawi sentiasa memaklumkan kepada kami perkembangan Ekin termasuk ketika berada di Wad Bersalin Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi, setiap 10 minit dan kami lega apabila dia menghantar SMS kepada kakak sulungnya, Rashidah, 41, jam 4 pagi kelmarin (Selasa).

“Mawi menyatakan Ekin selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.8 kilogram secara normal dan bayi itu dalam keadaan sihat,” katanya.


Ramlah mempunyai tujuh cucu perempuan dan seorang cucu lelaki iaitu semuanya anak Rashidah.

Sumber : Harian Metro

No comments: