Partime Job

Friday 15 June 2012

RM5,000 nanti kaki bola



SEMPENA Euro 2012 di Poland dan Ukraine, Sinar Harian dengan kerjasama Canon me- nganjurkan Sinar Eurock Soccer bertempat di pekarangan Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam pada 24 Jun ini.

Berkonsep 'Berentap sampai lebam' penganjuran acara street soccer anjuran Sinar Harian menawarkan hadiah berjumlah RM5,000 termasuk barangan Canon bernilai RM7,000.

Pengurus Kumpulan Jabatan Iklan, Ishammuddin Md Zin berkata, lima kamera berjenama Canon turut menanti pengunjung bertuah yang hadir pada hari tersebut.

"Sehingga kini kami menerima lebih 50 penyertaan daripada pasukan sekitar Lembah Klang dan pendataran masih dibuka sehingga Selasa, minggu hadapan.

"Borang dan keterangan lanjut mengenai acara ini boleh didapati di dalam akhbar Sinar Harian dan kami menjangkakan lebih 100 pasukan mengambil bahagian pada hari berkenaan," katanya pada sidang media pelancaran acara tersebut di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ishammuddin berkata, selain pertandingan street soccer, beberapa aktiviti sampingan turut diadakan termasuk pencarian Canon Hero Bola melibatkan 12 pemain Harimau Malaya antaranya Khairul Fahmi Che Mat, Safiq Rahim dan Baddrol Bakhtiar.

"Pada hari itu, kami ada beberapa kejutan untuk pengunjung termasuk kehadiran beberapa calon Canon Hero Bola," katanya.

sumber : sinarharian

No comments: