Partime Job

Friday 15 June 2012

Nabil tidur di ruang tamu



Pelawak dan juga penyampai radio Suria fm, Nabil mengakui kehidupannya semakin bermakna semenjak isterinya, Nazira Ayub disahkan hamil dan sangat teruja menantikan kelahiran anak sulung mereka.

Nabil yang tidak lokek berkongsi saat-saat manis sebelum bergelar bapa turut merasai perubahan tingkah laku isterinya yang mesra disapa Zira.

"Usia kandungan Zira kini sudah masuk bulan ketiga dan dalam masa yang sama saya sudah dapat melihat perubahan tingkah laku Zira. Bak kata orang tua-tua, kerana pembawaan budak.

"Sejak mengandung, Zira lebih suka tidur dan paling penting, dia makan lebih banyak dari saya. Lucunya, kadangkala saya terpaksa tidur di ruang tamu kerana dia gemar kuatkan suhu penghawa dingin dalam bilik, manakala saya pula jenis tak tahan sejuk.

"Walaupun bermacam kerenah dia, tapi bagi saya ini adalah saat paling bermakna buat kami berdua dan secara tidak langsung saya lebih mengenali serta perasaan sayang itu
makin bertambah," jelas Nabil.

Nabil berkata, apa yang menjadi harapannya kini adalah isteri dan anak di dalam kandungan itu akan sihat dan selamat.

"Saya bersyukur kerana ALLAH SWT tidak memberikan masa yang lama untuk mengurniakan kami cahaya mata kepada kami. Apatah lagi kami memang berharap mempunyai anak secepat mungkin. Alhamdulillah hasrat kami dimakbulkan.

"Saya tidak kisah dikurniakan bayi lelaki atau perempuan, tapi jika diberi pilihan sudah tentu saya mahukan bayi lelaki," katanya.

Nabil turut menjalankan perniagaan atas talian bersama isterinya, menjual pakaian wanita menggunakan jenama Sassy NabilZira.

sumber : sinarharian

No comments: