Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 15 June 2012

2 jurutol Plus cedera terkena tembakan

SEREMBAN - Dua orang jurutol Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) cedera terkena tembakan dalam kejadian samun di plaza tol Seremban susur keluar ke arah utara di sini, 9.57 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata ketika kejadian, mangsa, Nurijah Rosli, 24, dan Mohd Haffiz Zamri, 26, yang menaiki motosikal untuk memindahkan wang kutipan tol di pejabat Plus di plaza tol Seremban susur keluar ke arah utara, tiba-tiba dihalang sebuah kereta sebelum salah seorang daripada lelaki di dalam kereta tersebut melepaskan tembakan ke arah mereka.

"Nurijah yang menunggang motosikal tersebut cedera di bahagian belakang badan manakala Mohd Haffiz cedera di kaki kanannya. Siasatan awal mendapati tiga das tembakan dilepaskan menerusi pump gun.

"Setelah motosikal dan kedua-dua jurutol itu jatuh, penjenayah kemudian merampas beg duit yang mengandungi wang tunai RM2,000 daripada mereka sebelum memecut ke arah Sendayan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini.

Katanya ekoran kejadian itu pihak polis akan melihat kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dan gerakan memburu penjenayah sedang dijalankan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Hamdan Masjid berkata polis berjaya menahan seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat lelaki berumur 50-an dengan kesan tikaman di tepi jalan utama Linggi-Lubuk Cina, Rembau pada 15 Mei lepas.

Katanya Ausman Mohd Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Din, 50, ditahan di kawasan Pasir Panjang, Port Dickson pada kira-kira pukul 11.30 malam, Rabu lepas.

"Lelaki itu kini ditahan reman sehingga 19 Jun. Ausman, seorang dukun dipercayai orang terakhir yang sepatutnya ditemui simati. Kami yakin Ausman dapat membantu polis menyelesaikan kes ini.

"Sebelum itu, polis menahan tiga lelaki berumur 30-an di Perak dan berjaya merampas sebuah kereta dipercayai digunakan simati semasa keluar rumah," katanya. - Bernama

No comments: