Partime Job

Friday 9 March 2012

Wanita sarat 9 bulan jual ganja ditahan

BANDAR COTABATO (Filipina): Pegawai antinarkotik menahan seorang wanita hamil di pekan Maguindanao kerana memiliki tiga kilogram daun ganja kering.

Suspek itu ditahan selepas kejayaan operasi menumpaskan perdagangan dadah di Barangay Dalumangcob di bandar Sultan Kudarat. Wanita itu hamil sembilan bulan.


Mila (bukan nama sebenar) berkata, dia menjual daun ganja kerana tertarik untuk “mendapatkan wang tambahan mudah” kerana bakal melahirkan anak.

“Sebenarnya ia cuma hari ke-empat saya menjual ganja,” katanya.


Mila berikrar tidak akan terjebak dalam penjualan dadah lagi sekiranya dia dibenarkan keluar dari pusat tahanan kerana dia mengandung.


Namun begitu, pihak berkuasa tetap akan mendakwanya kerana memiliki ganja dan melanggar Akta Republik 9155 atau juga dikenali sebagai Akta Dadah Berbahaya.

Sementara itu, anggota polis dan agen Peguatkuasaan Agensi Dadah (PDEA) memusnahkan kebun ganja di bandar Kapangan di Wilayah Banguet yang bernilai 2.8 juta peso (RM200,000).


Pengarah Wilayah PDEA, Gil Castro berkata, kebanyakan pokok ganja dirampas itu di Kampung Belis di kawasan pedalaman.

Tiada suspek ditahan.


Kapangan adalah bandar yang dulu terkenal dengan pengeluaran anturium dan kokun sutera yang terletak di utara Wilayah Benguet yang bersempadan dengan Wilayah Pergunungan. - Inquirer

sumber : mymetro

No comments: