Partime Job

Thursday 22 March 2012

Tubuh pusat pemulihan bendung seks songsang

KUALA LUMPUR — Seorang ahli Dewan Rakyat hari ini menyarankan agar kerajaan menubuhkan sebuah pusat pemulihan bagi membendung gejala seks songsang yang menurutnya “semakin menular di kalangan masyarakat”.

Datuk Baharum Mohamad (BN-Sekijang) berkata, pusat pemulihan itu boleh menjadi tempat untuk golongan itu mendapatkan rawatan terapi selain membendung mereka daripada terus terjebak di dalam aktiviti songsang itu.

"Kita perlu mencari jalan penyelesaian bagi membanteras gejala ini seperti mana kita menjalankan usaha membendung gejala dadah.

"Sekarang ini menurut kajian tiga daripada 10 lelaki di Malaysia adalah gay. Ini menakutkan kita,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerjasama daripada semua pihak perlu dalam usaha membendung gejala itu daripada terus merebak.

Persidangan dewan disambung esok. — BERNAMA

No comments: