Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 2 March 2012

Tiga maut nahas pesawat ringan di barat Jerman

BERLIN: Sekurang-kurangnya tiga penumpang maut dalam nahas sebuah pesawat ringan di barat Jerman hari ini, menurut polis.

Pesawat jenis Cessna yang dipercayai membawa enam penumpang itu terhempas tidak jauh dari lapangan terbang kecil Offenbach.
“Pasukan penyelamat menemui tiga mangsa tetapi masih meneruskan pencarian penumpang lain,” menurut polis.
Sistem perhubungan antara pesawat ringan dengan menara keawalan terputus sejurus sebelum jam 7 petang (waktu tempatan).

Pesawat berkenaan dilaporkan terbakar sebelum terhempas atas sebab yang tidak dikenal pasti. - AFP

Sumber : Berita harian

No comments: