Partime Job

Friday 9 March 2012

Tertimbus lepas merajuk

KUALA LUMPUR: Seorang remaja yang maut selepas tertimbus dalam tanah runtuh dalam kejadian di Kuarters Kerani Polis di Jalan Belfield Off Jalan Maharajelala, malam kelmarin, dikatakan ke belakang rumah kerana merajuk dengan bapanya.

Dalam kejadian jam 9.20 malam, arwah Raja Mohd Irfan Raja Mohd Hazlan, 13, pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di Jalan Hang Jebat, tertimbus dari paras pinggang ke bawah selama lebih 10 minit sebelum diselamatkan jiran, tetapi mangsa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 11.50 malam.


Menceritakan kembali kejadian malang itu, jiran mangsa, Zaharah Hashim, 54, berkata, menurut ibu mangsa, ketika kejadian mereka berlima berada di dalam rumah termasuk mangsa dan dua lagi adik-beradiknya.

“Ketika itu, hujan lebat dan bapa mangsa dikatakan menyuruh mangsa mengangkat kain di jemuran, tetapi mangsa enggan sebelum bertindak melarikan diri ke belakang rumah gara-gara merajuk. “Dengan tiba-tiba, bapa mangsa terdengar bunyi yang kuat di belakang rumah dan hanya sempat menarik tangan mangsa masuk ke dalam rumah namun terlambat selepas tanah di belakang rumah runtuh dan mangsa yang tersepit di pintu belakang tertimbus separuh bahagian badannya termasuk muka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


sumber : mymetro

No comments: