Partime Job

Wednesday 21 March 2012

SPRM teliti dakwaan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti sekiranya wujud elemen rasuah berhubung dakwaan terdapat anggota polis terbabit dalam aktiviti ‘bookie’ bola sepak di Johor.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata aktiviti itu biasanya dilihat daripada aspek perjudian dan bukannya rasuah.


“Bookie bola sepak ini sebenarnya kadang-kadang membabitkan judi atau pertaruhan dan bukannya rasuah.

“Perjudian ini termasuk perjudian haram dan ia perlu tindakan daripada polis, tetapi sekiranya didapati ada unsur rasuah, tindakan sewajarnya perlu diambil dan diteliti SPRM,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

sumber : mymetro

No comments: