Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 5 March 2012

Selatan Thailand aman 2014

Askar, penduduk wilayah majoriti Islam semakin bekerjasama

BANGKOK: Pergolakan di Selatan Thailand akan berjaya dikawal dalam masa setahun atau selewat-lewatnya dua tahun, kata Ketua Unit Keempat, tentera negara itu, Jeneral Udomchai Thammasarorat.
Pandangannya bertentangan dengan spekulasi ramai bahawa konflik itu mengambil masa 20 atau 30 tahun lagi untuk tamat.
Udomchai berkata, jangkaan itu berdasarkan kerjasama lebih baik yang diterima pihak berkuasa Thailand daripada penduduk tempatan yang membolehkan mereka masuk ke semua daerah untuk memberikan kawalan keselamatan.

Katanya, pasukan keselamatan juga meningkatkan kempen perhubungan awam untuk memperkukuh kepercayaan di kalangan penduduk di tiga wilayah bergolak itu.

“Saya jangka kami dapat kawal keadaan di wilayah selatan dalam masa dua tahun lagi,” katanya.

Beliau merujuk kepada penurunan mendadak keahlian dalam kumpulan pemisah Runda Kumpulan Kecil (RKK), yang dipersalahkan di atas kekerapan serangan ganas di selatan.
RKK mempunyai 10,000 anggota lapan tahun lalu tetapi angka terkini menunjukkan ahlinya cuma separuh daripada jumlah berkenaan.

Saki-baki anggota adalah orang baru yang melancarkan operasi mensabotaj seperti membakar lokasi sasaran dan menabur paku di jalan raya untuk menghalang usaha menyelamat, kata Udomchai.

Kumpulan pemisah, bagaimanapun, berusaha untuk menyekat tentera dan penduduk kampung bekerjasama. Mereka bertindak merosakkan misi menyelamat dan menonjolkan pihak berkuasa secara negatif dengan tujuan menghalau mereka daripada terus bercampur dengan penduduk tempatan.

Contoh terbaru ialah aksi seks yang dirakamkan antara seorang askar dan gadis berusia 16 tahun di Pattani menjadi isu yang menaikkan kemarahan penduduk awam terhadap tentera.

“Penduduk kampung dihasut untuk menuntut pengunduran tentera dari kampung mereka,” kata Udomchai. Bagaimanapun, tentera menegaskan untuk mengekalkan kehadiran di wilayah itu atas dasar keselamatan.

“Apabila ada dakwaan terhadap tentera, saya meminta penduduk tidak cepat membuat andaian,” katanya. Anggota tentera dilarang mengadakan hubungan intim dengan penduduk kampung ketika dalam misi.

Dalam kes terbaru itu, prebet terbabit dikenakan tindakan disiplin dan menantikan hukuman walaupun kedua-dua pihak wajar dipersalahkan.

Sementara itu, di Yala kelmarin, seorang suspek militan ditangkap dalam satu serbuan bersama tentera dan polis ke atas sebuah rumah di daerah Muang.

Amad Usni Bakoh, 24, mempunyai dua waran tangkap dan dikehendaki kerana didakwa mengendalikan sindiket jenayah. – Agensi

Sumber : Bharian

No comments: