Partime Job

Friday 9 March 2012

‘Selagi banjir belum surut kita akan bantu’

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ‘turun padang’ bagi melawat dan melihat lebih dekat mangsa banjir kilat di daerah Hulu Langat di sini, selain menghulurkan bantuan segera berbentuk makanan, minuman dan keperluan asas, semalam.

Kejadian banjir yang bermula jam 6 petang kelmarin itu menyebabkan seramai 1,350 mangsa dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara termasuk di Dewan Datuk Ahmad Razali menempatkan 40 mangsa, surau Lembah Jaya Ampang (230), Balai Penghulu Batu 10 (30), Masjid Batu 14 (20), Balai Raya Indah Jaya (15), Surau Taman Seri Nanding (350) dan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai (666 mangsa).


Shahrizat berkata, semua pusat pemindahan berkenaan dibuka bermula jam 9 malam selepas rumah penduduk di kawasan berkenaan dinaiki air dan mereka dibantu anggota keselamatan serta sukarela yang bertugas 24 jam.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terus menghulurkan pelbagai bantuan makanan, pakaian dan tempat tinggal sementara yang diuruskan secara sistematik dan urusan pendaftaran dilakukan dengan lancar.


“Selagi banjir belum surut, kita akan memberi bantuan berterusan bagi meringankan bebanan yang ditanggung mangsa,” katanya dalam sidang media di Pusat Pemindahan Banjir Sementara di SK Sg Serai, di sini, semalam.


Beliau berkata, kerjasama anggota keselamatan dan sukarela diperlukan dalam menyelamatkan mangsa serta memastikan keperluan mereka dipenuhi.

sumber : mymetro

No comments: