Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Sambutan sekurun Oreo



PENGUNJUNG cilik sambutan 100 tahun Oreo meniup lilin kek khas di padang Astaka.

BELON udara panas berwarna biru terang kelihatan berlegar di ruang udara. Dengan memaparkan biskut Oreo dan perkataan ulang tahun ke-100 menggamit perhatian orang ramai yang berada di sekitar Petaling Jaya, Selangor.

Senario tersebut merupakan salah satu tarikan dan aktiviti menarik ditawarkan kepada orang ramai sempena sambutan ulang tahun ke-100 biskut Oreo di padang Astaka, Petaling Jaya pada 11 Mac lalu.

Pengarah Urusan Kraft Foods Malaysia, Sunil Sethi, berkata, program yang diadakan merupakan permulaan sambutan sepanjang tahun untuk meraikan jenama Oreo. Sejak tahun 1912, sebanyak 500 bilion biskut Oreo telah dinikmati oleh orang ramai.

"Kejayaan dikecapi pada hari ini merupakan sesuatu yang amat membanggakan. Sambutan ulang tahun Oreo ke-100 sangat simbolik dalam mengetengahkan perasaan kasih sayang dan saling mencintai yang digalakkan antara konsumer serta peminat Oreo selama ini.

"Bahkan, aksi putar, jilat dan celup (TLD) telah menjadi sebahagian daripada saat-saat bahagia antara ahli keluarga apabila menikmati biskut Oreo," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Sunil memberitahu, lebih banyak acara akan dianjurkan sepanjang tahun ini untuk meraikan tahun yang amat istimewa bersama rakyat Malaysia.

Katanya, Oreo telah membawa banyak detik gembira kepada keluarga di seluruh dunia sepanjang 100 tahun ini.

"Sebagai biskut kegemaran dunia, Oreo bukan sahaja enak dinikmati, malah aksi TLD turut memainkan peranan besar semasa zaman kanak-kanak peminat biskut ini.

"Cara menikmati Oreo yang unik ini berjaya menjalinkan hubungan mesra antara ibu bapa dan anak-anak sekali gus melahirkan memori bahagia kepada mereka," katanya.

Sambutan tersebut merupakan sebahagian daripada perayaan ulang tahun Oreo yang diraikan di 20 buah negara seluruh dunia.

Antara aktiviti menarik diadakan di seluruh dunia termasuk parti hari jadi di tujuh buah bandar di Amerika Syarikat dan lawatan bas istimewa di 100 bandar di China.

Tidak ketinggalan Indonesia yang mengadakan taman permainan gergasi, upacara memotong kek terbesar dunia di Arab Saudi dan perayaan memukul 100 pinata secara besar-besaran di Venezuela.


sumber : kosmo

No comments: