Partime Job

Thursday 8 March 2012

Saintis cipta tali biola guna sutera labah-labah

TOKYO: Tali biola daripada sutera labah-labah yang lazimnya digunakan membuat sarang didakwa mampu menghasilkan bunyi yang lebih indah jika dimainkan oleh pemuzik yang mahir, kata seorang saintis yang berjaya mencipta tali berkenaan.

Ribuan helaian halus yang ditenun bersama untuk menghasilkan tali yang kuat tetapi fleksibel menjadikan alat muzik sempurna, kata Profesor Kimia Polimer di Universiti Perubatan Nara, Shigeyoshi Osaki.
Osaki yang mempunyai pengalaman mengkaji sutera labah-labah selama lebih 35 tahun, sebelum ini mencadangkan bahan itu boleh digunakan untuk jahitan pembedahan atau jaket kalis peluru tetapi minatnya dalam biola menjadi inspirasi untuk mencipta sesuatu bagi alat muzik itu.
Dalam proses tenunan benang, bentuknya berubah daripada silinder kepada poligon, yang bermakna ia sesuai bersama dan lebih baik, kata Osaki.

“Ketika pembentangan benang biasa, banyak ruang antara gentian. Apa yang kita dapati tiada ruang antara filamen. Ia menjadikan tali itu lebih kuat. Ini semua boleh digunakan dalam peralatan harian kita,” katanya sambil menambah 300 labah-labah betina jenis Nephila Maculata menyediakannya bahan mentah itu.

Kekuatan dan ketahanan sutera labah-labah bukanlah penemuan baru, dengan kajian sebelum ini menunjukkan ia boleh tahan suhu tinggi dan kesan cahaya ultra ungu.

Osaki pernah mengeluarkan putaran tali dari sutera labah-labah yang katanya secara teori boleh menampung 600 kilogram berat.
Kini, dengan penciptaan terbarunya yang memberikan kegembiraan kepada pemuzik, yang memuji kualiti nyaring biola dari sutera labah-labah bagi nada lembut dan mendalam.

“Pemain biola profesional akan dapat membezakan sama ada tali itu adalah Stradivarius atau ciptaan Osaki yang berharga AS$1,200 (RM3,622),” katanya.

“Ia adalah sesuatu untuk menghasilkan bahan saintifik yang bermakna, tetapi saya juga ingin menghasilkan sesuatu yang boleh diterima masyarakat,” katanya.

Maklumat mengenai penyelidikan Osaki akan disiarkan dalam Physical Review Letters, satu jurnal Persatuan Fizik Amerika. – AFP

sumber : berita harian

No comments: