Partime Job

Friday 9 March 2012

Rumah runtuh dilanda arus deras banjir

AMPANG: “Saya sedih apabila tempat berteduh selama ini runtuh dilanda arus yang begitu deras tetapi apakan daya, mungkin itu takdir kami sekeluarga,” kata mangsa banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Ramli Abu Kassim, 62.

Menurutnya, dia menganggarkan kerugian hampir RM80,000 selepas sebahagian rumahnya runtuh dilanda arus deras termasuk kesemua peralatan dalam rumah tidak dapat digunakan.


Katanya, ketika kejadian, dia bersama isteri serta dua anak sudah berpindah ke bilik gerakan banjir dan bersyukur kerana kesemua ahli keluarganya selamat.

“Walaupun saya kerugian besar, namun nyawa lebih penting. Kini, saya bersama keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas tidak dapat menyelamatkan sebarang barangan dari dalam rumah.


“Kejadian ini yang paling teruk dan kami tidak menyangka banjir yang berlaku begitu pantas menyebabkan sebahagian rumah kami runtuh,” katanya.

sumber : mymetro

No comments: