Partime Job

Thursday 8 March 2012

Realisasi impian arwah ayah

MARANG: “Sebelum ayah meninggal dunia empat tahun lalu, dia sempat berpesan kepada saya supaya belajar bersungguh-sungguh dan saya bersyukur kerana dapat merealisasikan impiannya dengan meraih keputusan cemerlang ini,” kata Abdul Rahim Abdullah, 19, antara tiga pelajar terbaik Terengganu selepas mendapat keputusan cemerlang 5A dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling berasal dari Kampung Bukit Payong, di sini, ketika ditemui berkata, dia tidak menduga tumpuan diberi sewaktu guru mengajar banyak membantunya menjawab soalan dalam peperiksaan.


Menurutnya, sejak pemergian ayahnya dia nekad menjadi pelajar cemerlang dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah.

“Ketika arwah masih ada dia banyak memberi kata-kata semangat supaya saya tidak mengikut jejaknya sebagai tukang rumah selain terpaksa bekerja di tengah cuaca panas dan pesanan itu memberi rangsangan kepada saya untuk terus fokus ketika belajar,” katanya yang mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.


Seorang pelajar sekolah terbabit yang berjaya mendapat 4A 1B dengan memperoleh PNGK 3.92, Mohd Anuaruddin Mohd Noor, 19, berkata, masalah gagap dalam pertuturan sejak lahir tidak menghalangnya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM.

sumber : myMetro

No comments: