Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Potongan cukai bantu sekolah

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk memberikan potongan cukai kepada syarikat dan orang perseorangan yang memberikan sumbangan tunai kepada institusi pendidikan rendah dan menengah termasuk sekolah, yang tidak berorientasikan keuntungan serta tempat ibadat yang berdaftar.

Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim Siang Chai berkata, potongan cukai yang diberikan kepada individu adalah sebanyak tujuh peratus manakala bagi syarikat, potongan cukai yang akan diberi adalah sebanyak sepuluh peratus.

Bagi melaksanakan keputusan itu, pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 sedang dilaksanakan, katanya.

"Sementara menunggu pindaan perundangan dikuatkuasakan, mereka yang ingin mendapatkan potongan cukai kini bolehlah mengemukakan permohonan terus kepada Kementerian Kewangan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini semalam.

Menurut beliau, pelaksanaan pemotongan cukai itu dijangka dilakukan pada tahun depan.

Katanya, bagi melayakkan individu atau syarikat mendapatkan potongan cukai, kesemua sumbangan hendaklah dalam bentuk tunai dan setiap permohonan mestilah disertakan dengan dokumen lengkap termasuk resit yang disahkan oleh sekolah atau rumah ibadat terbabit.

sumber : kosmo

No comments: