Partime Job

Friday 9 March 2012

Polis diacu pistol

KOTA BHARU: Sekumpulan lima lelaki disyaki penjenayah yang menaiki sebuah kereta nekad memecut kenderaan ketika ditahan polis, malah melanggar kaki seorang anggota polis dan mengacukan sepucuk pistol dalam kejadian di Jalan Teliar, Bunut Susu, Pasir Mas, pagi semalam.

Sebelum kejadian, sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas menerima maklumat dan mengekori sebuah Perodua Viva dinaiki lima lelaki itu pada jam 9 pagi.


Sebaik kereta ditahan, pemandunya memecut dan melanggar kaki seorang anggota polis dan salah seorang di tempat duduk penumpang hadapan mengacukan pistol.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, ketika dikejar anggota polis, kereta dinaiki suspek terbabas di tepi jalan.


Katanya, dua suspek ditahan, manakala tiga lagi melarikan diri.


“Hasil pemeriksaan, kami menemui sepucuk pistol berwarna hitam dan satu kelopak tanpa peluru, sebilah parang, satu botol plastik lutsinar disyaki dadah serta satu paket plastik lutsinar berisi empat biji pil berwarna merah, disyaki dadah.

“Dua suspek ditahan berusia 21 dan 36 tahun dan masing-masing berasal dari Kampung Tualang dan Kampung Padang Tok La, Pasir Mas,” katanya.

sumber : mymetro

No comments: