Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 5 March 2012

Pereka watak 'Star Wars', McQuarrie meninggal dunia


LOS ANGELES: Pereka watak wayang, Ralph McQuarrie, yang terkenal dengan hasil watak “Star Wars” seperti Darth Vader, Chewbacca dan R2-D2, meninggal dunia pada usia 82 tahun, demikian diumumkan dalam laman webnya hari ini.

McQuarrie, yang meninggal Sabtu lalu bekerjasama dengan George Lucas dalam penghasilan filem asal “Star Wars” pada 1970-an serta bersama Steven Spielberg dalam beberapa filem termasuk “E.T” dan “Close Encounters of the Third Kind.”
Beliau juga pernah menyertai pengarah filem Ron Howard bagi menghasilkan filem “Cocoon,” pada 1985 dan filem itu pernah memenangi Anugerah Oscar bagi kategori kesan khas.
“Ralph adalah seorang yang istimewa dengan kebijaksanaannya menghasilkan lukisan berus," kata laman web berkenaan.

“Pengaruhnya dalam menghasilkan hasil seni akan sentiasa diingati," katanya. - AFP

Sumber Bharian

No comments: