Partime Job

Thursday 22 March 2012

Pelajar cacat pendengaran peroleh 9A dalam SPM


IPOH - Cacat pendengaran bukan penghalang kepada Kang Kia Chun untuk meraih 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang keputusannya diumumkan hari ini.

Pelajar Pendidikan Khas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Teluk Intan itu memperoleh 2A+, 4A dan 3A-.

Bapanya Kang Siang Poh, 46, berkata Kia Chun menumpukan masa selama lima jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran.

"Dia banyak membuat latihan tanpa jemu dan sering membaca, dia juga membantu rakan-rakannya yang belajar bersama setiap hari," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman keputusan peperiksaan itu di sini hari ini.

Rozeliana Harun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Slim River adalah calon Orang Asli yang mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperoleh 4A+, 2A-, 1B+ dan 2B.

Rpzeliana, Suku Semelai dari Bera, Pahang, adalah anak kepada anggota Pasukan Gerakan Am, Koperal Harun Narit.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata beliau berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi.

Dalam keputusan SPM yang diumumkan hari ini, 1,064 daripada 39,362 calon di Perak memperoleh gred cemerlang dan daripada jumlah itu 42 calon mendapat gred cemerlang tertinggi. - Bernama

No comments: