Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 5 March 2012

Pekerja Islam perlu tutup aurat di Gorontalo

JAKARTA: Gabenor Gorontalo, Rusli Habibie, melaksanakan secara rasmi dasar memakai tudung kepada semua pekerja wanita beragama Islam yang bertugas di pejabat pentadbiran wilayah berkenaan mulai Khamis lalu.

Peraturan baru itu mewajibkan mereka menutup aurat menurut Syariah selain menunjukkan peri laku mengikut ajaran Islam sepanjang waktu kerja.
Berpuluh-puluh kakitangan wanita dilihat sudah pun memakai tudung di pejabat pentadbiran Gorontalo berikutan pelaksanaan dasar itu.
“Bukan hanya tudung tetapi semua pekerja Islam perlu meninggalkan kerja sebaik mendengar azan. Semua orang, kecuali pekerja wanita yang uzur, perlu ke masjid untuk bersolat,” Rusli dipetik sebagai berkata oleh agensi berita di sini.

Dasar itu adalah yang kedua dilaksanakan Rusli sejak memenangi pilihan raya tempatan Gorontalo Disember tahun lalu, yang disokong oleh Parti Golkar.

Baru-baru ini Rusli melaksanakan dasar yang mewajibkan gaji kakitangan lelaki dipindahkan ke akaun bank isteri masing-masing, yang dikatakan penting untuk mempromosikan sikap keterbukaan antara pegawai dan isteri mereka serta mengelakkan rasuah di kalangan kakitangan awam.

Gorontalo terletak di utara Sulawesi. Ia membentuk pentadbiran sendiri mulai Disember 200 selepas berpecah dengan wilayah Sumatera Utara. – Agensi

Sumber :Bharian

No comments: