Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Pekebun kecil perlu hargai usaha RISDA


Mohd Shafie Apdal menunjukkan isyarat bagus semasa merasmikan Program Kasihi Pekebun Peringkat Negeri Kedah bersama-sama Rahim Tamby Chik (tiga, kiri) dan Wan Mohamad Zuki Mohamad (kiri).

BALING 19 Mac - Golongan pekebun kecil di negara ini diingatkan supaya menghargai perjuangan kerajaan melalui RISDA dalam membantu meningkatkan lagi taraf kehidupan mereka.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sejarah membuktikan golongan itu dapat mencapai pelbagai kejayaan terutama dalam bidang pelajaran dan ekonomi. Ia adalah hasil bantuan dan rancangan teliti pihak berkuasa itu.

"Kita tidak paksa tetapi rakyat perlu menilai perjuangan, jasa serta usaha gigih kerajaan selama ini dan menterjemahkannya dengan menyokong kerajaan pada pilihan raya umum akan datang," katanya semasa merasmikan Program Kasihi Pekebun peringkat Negeri Kedah di Kampung Becah Sawa, Mukim Siong di sini hari ini.

sumber : utusan

No comments: