Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Nama baru untuk pegawai tadbir kerja

SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bercadang menubuhkan suruhanjaya khas bagi menyemak semula jawatan pembantu tadbir kakitangan awam seluruh negara.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, suruhanjaya itu akan menjadi medium antara kakitangan awam dan kerajaan bekerjasama bagi membincangkan perkara berkaitan skim dan gred gaji kakitangan kerajaan.


Beliau berkata, jawatan Pembantu Tadbir Awam gred N17 termasuk gred lain juga perlu diselaras semula kerana membabitkan kakitangan yang mempunyai pelbagai kelulusan dan pengalaman.

“Apabila skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan, baru-baru ini, kita tubuhkan Suruhanjaya Khas dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) untuk membuat perubahan pembantu tadbir iaitu nama dan gred perlu dinaikkan seimbang dengan beban tugas mereka.


“Perkara ini sudah dibincangkan dan kita harap ia mendapat perhatian kerajaan kerana membabitkan masa depan 350,000 pembantu tadbir di seluruh negara,” katanya ketika ditemui di Himpunan Transformasi Kelab Pegawai Kerani dan Pembantu Tadbir Kewangan Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.


Omar berkata, pihaknya akan mencadangkan dua nama baru bagi menggantikan nama jawatan pembantu tadbir iaitu Pegawai Kerja Tadbir dan Pegawai Khidmat Tadbir apabila suruhanjaya itu dibentuk dalam masa terdekat ini.

Katanya, kedua-dua nama baru jawatan itu juga bakal dibincangkan bersama dan akan diguna pakai dalam masa terdekat.


“Selain itu, seorang pengerusi akan dilantik bagi memimpin suruhanjaya khas itu dan calonnya mestilah mempunyai pengalaman dalam jawatan pembantu tadbir selain mempunyai sifat kepemimpinan yang tinggi.

sumber : mymetro

No comments: