Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Misi agih 72,000 cek


ABDUL RAHIM menyampaikan cek sagu hati bernilai RM3,000 kepada wakil bekas anggota polis zaman darurat di Seremban semalam.

SEREMBAN - Hampir 72,000 keping cek bayaran khas RM3,000 kepada bekas anggota pasukan keselamatan yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat, sudah disediakan dan sedang diagihkan kepada pemohon di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi berkata, bagi memastikan proses agihan cek-cek tersebut berjalan lancar dan meluas, ia akan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Ibu Pejabat Polis Daerah dan balai-balai polis seluruh negara.

"Permohonan sudah dibuka sekarang dan semua bekas anggota keselamatan yang berkhidmat semasa zaman darurat diminta untuk mendapatkan borang di balai-balai polis terdekat.

"Bagi bekas anggota yang sudah meninggal dunia, balu dan duda mereka boleh juga memohon dengan membawa akuan permohonan yang disahkan oleh ketua kampung atau ketua polis di balai berhampiran," katanya selepas majlis penyerahan cek Tabung Amanah Warisan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, di sini semalam.

Pada pembentangan Bajet 2012 tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada bekas anggota pasukan keselamatan yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat di antara tahun 1948 dan 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak.

sumber : kosmo

No comments: