Partime Job

Wednesday 21 March 2012

MB jelas sebab tanah YBK tidak dipulangkan


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata, antara sebab tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dirampas kerajaan negeri tidak dipulangkan semula kepada pertubuhan itu kerana cukai tanahnya dibayar oleh pihak lain.

Beliau berkata, keputusan itu kekal walaupun YBK sebelum ini telah membayar tunggakan cukai sebanyak RM5.7 juta dengan bantuan Yayasan Melaka pada 2010.

"Sebab orang yang membayar bukan orang yang memiliki, jadi itu pun perlu kita semak. Nanti esok ada masalah besar daripada segi pemilik," katanya selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di sini ditangguhkan dan bersambung esok.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa tanah milik YBK itu dirampas dan tidak dipulangkan semula walaupun cukai telah dibayar.

Pada 14 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program transformasi membasmi kemiskinan yang bakal dijalankan YBK menghadapi kekangan ekoran sikap kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang bertindak merampas tanah milik yayasan itu sebelum ini.

Kerajaan negeri mengambil keputusan merampas 191 hektar tanah milik YBK Selangor di Serendah pada 2010 meskipun tunggakan cukai RM5.7 juta semuanya telah dilunaskan yayasan itu dengan bantuan Yayasan Melaka.

Bagaimanapun, kerajaan negeri enggan menerima bayaran tunggakan berkenaan dan memulangkan wang itu semula kepada Yayasan Melaka.

Selain merampas 191 hektar tanah, seluas 324 hektar lagi tanah yayasan itu telah dikaveat menyebabkan YBK tidak boleh membangunkan apa-apa program di atas tanah berkenan. - Bernama

No comments: