Partime Job

Friday 9 March 2012

Mayat tertiarap

MELAKA: Mayat seorang lelaki warga emas yang lemas apabila perahu dinaiki bersama seorang rakannya karam dipukul ombak ketika dalam perjalanan pulang ke muara Pengkalan Nelayan Tanjung Nibong, Telok Mas, di sini, ditemui kira-kira jam 11.45 pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Yazid Mohd Tahir berkata, mayat mangsa ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), ketika meneruskan operasi mencari dan menyelamat di perairan berhampiran muara jeti nelayan di kawasan itu. “Sepasukan anggota PPDA yang bergerak dari arah Umbai semasa menjalankan operasi melihat mayat mangsa dalam keadaan tenggelam timbul di lokasi awal operasi mencari mayat mangsa dijalankan.


“Mayat ditemui dalam keadaan tertiarap dan terapung atas permukaan air kira-kira 200 meter dari kawasan pantai,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

sumber : mymetro

No comments: