Partime Job

Thursday 8 March 2012

Maut rempuh lori

SUNGAI PETANI: Tindakan seorang pemandu meninggalkan lorinya di bahu jalan menyebabkan seorang remaja berusia 18 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh kenderaan itu dalam kemalangan di Jalan Angsana, Taman Keladi, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 8 malam ketika mangsa, Mohamad Izhar Yahya juga dari Taman Keladi menunggang motosikal Yamaha LC135 dalam perjalanan ke sebuah pasar raya di Kawasan Industri Bakar Arang bagi membantu ibunya berniaga.


Jurucakap polis trafik berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dipercayai tidak menyedari kehadiran lori yang ditinggalkan di tepi jalan berikutan keadaan gelap, lalu merempuh belakang kenderaan itu.

“Akibat rempuhan itu, mangsa cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian,” katanya.


Sementara itu, adik mangsa, Mohamad Ikmal, 15, berkata, kejadian berlaku selepas motosikal abangnya yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Lebai Man (SMKPLM), gagal mengelak lori yang diletakkan di tepi jalan itu.


“Abang yang juga anak kesembilan daripada 10 beradik sering membantu ibu sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kami reda dengan kejadian yang berlaku,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kemalangan berkenaan

sumber : myMetro

No comments: