Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Lapan nyaris maut


KUALA ROMPIN - Seramai lapan orang nyaris maut selepas tiga kenderaan terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 151.6 Jalan Kuantan-Johor Bharu, di sini, pagi semalam.

Kemalangan kira-kira jam 10.30 pagi itu menyebabkan tiga daripada mangsa cedera parah, sementara lima lagi cedera ringan selepas dua daripada tiga kenderaan itu bertembung antara satu sama lain.

Ketua Bahagian Peng­urusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Asisten Superintendan, Zainul Mujahidin Mat Yudin ber­kata, mangsa yang cedera parah adalah seorang anggota tentera yang juga pemandu kereta Proton Saga, Mohd Nizam Khalid, 26.

Menurutnya, dua lagi mangsa yang parah, pemandu kereta Perodua Viva, Muhamad Hassan Zubir, 23, dan seorang rakan adiknya yang juga penumpang Viva iaitu Che Shahzira Che Vin, 24.

“Mohd Nizam dipercayai luka di bahagian lelangit mulut dan bibir, sementara Muhammad Hassan patah di bahagian tangan kanan dan kiri serta patah kaki kanan, manakala Che Shazira mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya.

Zainul berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu Proton Saga memotong ­sebuah kereta Honda Prelude dari arah kanan yang berhenti untuk masuk ke simpang ­ tiga.

Katanya, tindakan itu menyebabkan kereta Proton itu hilang kawalan sebelum merempuh sebuah Perodua Viva dari arah bertentangan.

“Kedua-dua kenderaan itu bertembung di bahagian se­belah kanan tempat duduk ­pemandu hingga menyebabkan kedua-duanya remuk teruk. Tiga mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut, sementara lima lagi mendapat rawatan di Poliklinik Kuala Rompin,” katanya.

Lima mangsa yang cedera ringan itu adalah isteri Mohd Nizam, Roslawati Zulkifli, 26, bersama dua anak mereka, Norazlina Balqis, 4, dan Nora Rishya Balqis berusia setahun.

Manakala seorang lagi mangsa cedera ringan adalah adik kepada Muhammad Hassan, Siti Adibah Zubir, 22, dan pemandu Honda Prelude, Siti Aishah Ismail, 29.

sumber : sinarharian

No comments: