Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Kaitan mangsa culik dengan lima remaja Myanmar disiasat


SHAH ALAM - Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes culik seorang remaja perempuan yang berjaya dibebaskan oleh polis Thailand kelmarin termasuk mengenal pasti kaitan mangsa dengan lima remaja Myanmar yang turut diculik bersamanya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob (gambar) berkata, mangsa yang selamat tiba di tanah air kelmarin masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Polis akan menyiasat secara lengkap termasuk bila mangsa dibawa ke Thailand dan kaitan dengan lima remaja Myanmar yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di negara ini yang turut dijumpai bersama mangsa," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, pihaknya akan meminta kerjasama polis Thailand supaya menghantar ke Malaysia kesemua remaja Myanmar yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan terbabit memandangkan keluarga mereka menetap di negara ini dan juga pemegang status UNHCR.

sumber : kosmo

No comments: