Partime Job

Friday 9 March 2012

Jeritan suruh keluar

KUALA LUMPUR: “Saya dan suami dipapah pasukan keselamatan meredah air sedalam 1.5 meter sejauh kira-kira 200 meter dari rumah selepas air masuk ke dalam rumah dengan tiba-tiba sebaik terjaga dari tidur.

“Saya hanya menyedari rumah dinaiki air pada jam 1 pagi selepas mendengar jeritan penduduk menyuruh saya keluar. Ketika itu, air sudah memenuhi bilik,” kata Arfah Che Mat, 57, seorang daripada 1,350 mangsa banjir yang berpindah selepas daerah Hulu Langat dilanda banjir kilat, petang kelmarin.


Beliau yang tinggal di Kampung Batu 11 , di sini, berkata, hujan lebat berpanjangan bermula jam 5 petang menyebabkan air mulai naik mulai jam 9 malam.

Katanya, dia yang tinggal di tempat tinggi tidak menyangka akan turut menjadi mangsa dan terkejut melihat tiga kenderaan milik suami dan anak-anak tenggelam.


“Saya nekad meredah air dengan bantuan anggota keselamatan yang memapah saya dan suami tanpa sempat menyelamatkan barangan berharga lain.


“Kami bersyukur terselamat dalam kejadian ini,” katanya ketika ditemui di pusat penempatan sementara mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai.

Arfah berkata, banjir besar itu adalah kali pertama melanda kampungnya sejak tinggal di kawasan itu lebih 50 tahun lalu hingga menyebabkan kerugian RM50,000 selepas keretaProton Saga dan Perodua Myvi milik keluarganya tenggelam.

sumber : mymetro

No comments: