Partime Job

Friday 9 March 2012

Drebar sempat terjun sebelum lori terbakar

PERAI: “Sebaik mendengar bunyi aneh dan kuat dari bahagian enjin lori, saya terus melompat keluar untuk menyelamatkan diri,” kata pemandu lori, Zainol Omar, 43.

Zainol berkata, sejurus dia melompat keluar dari kenderaan itu, enjin lori dipandunya mula terbakar dan dia mendapatkan bantuan daripada orang ramai sebelum menghubungi bomba.


Dalam kejadian jam 2.45 petang semalam itu, Zainol dalam perjalanan dari Kulim, Kedah ke depoh kontena di sini, sebelum lori berkenaan tiba-tiba terbakar sebaik melalui Bulatan Perusahaan Perai.

“Ketika dalam perjalanan itu, saya berasa pelik kerana mendengar bunyi kuat dari bahagian enjin dan beberapa kali cuba mematikan enjin, tetapi gagal.


“Saya memberhentikan lori dan melompat keluar bagi melihat keadaan itu,” katanya yang mendakwa kejadian seumpama itu pertama kali dialaminya sejak menjadi pemandu lori 15 lalu.


Sementara itu, Pegawai Kanan (2) Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Mohd Asri Abdul Wahad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.47 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, api dapat dipadamkan beberapa minit kemudian dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan.

sumber : mymetro

No comments: