Partime Job

Thursday 8 March 2012

Ditahan lepas kekasih jadi korban meriam buatan sendiri

SAN DIEGO: Seorang lelaki ditahan semalam selepas meriam buatan sendiri meledak menembusi kediaman bergeraknya, membunuh teman wanitanya di kawasan pergunungan dekat bandar raya ini, kata pihak berkuasa.

Richard Fox, 39, menembak meriam itu selepas membubuh serbuk bunga api, kata sherif San Diego, Sarjan David Martinez. Teman wanitanya yang berusia 38 tahun ditemui mati akibat cedera terkena serpihan bahan letupan. Menurut Martinez, Fox dirawat di hospital kerana cedera di kaki kanannya dan ditahan untuk siasatan kerana meletupkan bahan letupan hingga menyebabkan kematian. Bagaimanapun, tiga lagi orang dewasa dan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang berada dalam kediaman itu tidak cedera.


Siasatan awal mendapati Fox di bawah pengaruh alkohol. Pihak berkuasa belum dapat mengesahkan sama ada insiden letupan itu mempunyai motif atau satu kemalangan. - AP

No comments: