Partime Job

Thursday 8 March 2012

CCTV intip ‘sampah pembunuh’

Singapura pasang kamera pengawasan di kawasan tinggi kadar buang sampah

SINGAPURA: Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) akan memasang kamera pengawasan (CCTV) di kawasan yang mempunyai kadar masalah berterusan pembuangan sampah dari bangunan tinggi.
Sebelum ini, ia memerlukan beberapa jam untuk mengintip bagi menahan pesalah yang membuang sampah dari bangunan tinggi, lapor channelnewsasia.com yang dipetik akhbar The Jakarta Globe.
NEA berkata jumlah kes membuang sampah dari bangunan tinggi meningkat kepada 5,232 kes tahun lalu, hampir 700 lebih berbanding tahun sebelum ini.

Agensi itu sudah menahan dan mendakwa 40 orang dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Mereka yang disabitkan dengan kesalahan pembuangan sampah dari bangunan tinggi, dikenali ‘sampah pembunuh’ berdepan dengan hukuman penjara, denda atau kedua-duanya.

Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) akan mengambil alih secara wajib rumah pangsa HDB atau menamatkan penyewaan rumah pangsa jika ‘sampah pembunuh’ dibuang dari mana-mana hartanah HDB.
Bercakap di Parlimen kelmarin, Menteri Kanan Negeri untuk Sumber Air dan Alam Sekitar, Grace Fu, berkata usaha lebih giat perlu dilakukan supaya masyarakat peka dengan kebersihan alam sekitar.

“Sedih memikirkan masih ada warga Singapura yang tidak mahu memikul tanggungjawab membersih dan menghijaukan alam sekitar yang sudah sekian lama kita berusaha untuk mencapai sasarannya. Malah, orang ramai sudah lupa apa yang perlu dilakukan dan hanya cuba mengelak daripada ditangkap,” kata wakil rakyat Ang Mo Kio GRC, Yeo Guat Kwang.

“Masuk campur dalam isu pembuangan sampah ini bukanlah boleh menyelesaikan sepenuhnya masalah tetapi apa yang penting mendidik nilai yang betul. Kita mesti membina rasa kekitaan di kalangan individu dan tindakan komuniti jika kita mahu meningkatkan standard kebersihan di kawasan awam,” kata Fu.

“Kita perlu menanam tabiat dan nilai daripada usia muda dan kita bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memasukkan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kurikulum sekolah,” katanya lagi. – Agensi

sumber : berita harian

No comments: