Partime Job

Friday 2 March 2012

Botol susu mengandungi BPA diharamkan mulai 1 Mac 2012

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan Malaysia akan menguatkuasakan pengharaman pengimportan, pengilangan, pengiklanan dan penjualan botol susu bayi mengandungi BPA mulai 1hb Mac 2012.

Ketua Pengarah kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata susulan itu, kementerian akan menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan di seluruh negara termasuk di setiap pintu masuk bermula Khamis.

Keputusan pengharaman tersebut merupakan langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik botol susu polikarbonat mengandungi BPA selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Sumber : BERNAMA

No comments: