Partime Job

Thursday 8 March 2012

Bersesak dalam kediaman tanpa bilik air

KOTA BHARU: Dengan pendapatan cuma RM20 hingga RM40 sehari hasil jualan buah dan bunga nipah, pasangan Isa Hassan, 56, dan Mek Jah Yusof, 52, kini bersesak mendiami sebuah rumah usang tiga bilik tanpa bilik air bersama 15 anak dan sebahagian 14 cucu.

Akibat dihimpit kemiskinan juga, 12 daripada 15 anak pasangan berkenaan keciciran sekolah dengan sebahagiannya hanya bersekolah setakat tingkatan tiga, malah ada yang setakat darjah enam.


Menurut Mek Jah, kerana miskin, dia dan suami tidak mampu memberi kehidupan dan pendidikan sempurna untuk anaknya.

“Oleh kerana sudah terbiasa hidup susah, saya sering menasihati anak supaya bekerja keras dan berdikari dalam mencari rezeki kerana mereka tiada pelajaran. “Apapun, saya bersyukur kerana anak yang tidak habis sekolah mampu berdikari dengan melakukan pelbagai pekerjaan, sekali gus membantu menyediakan perbelanjaan untuk tiga anak saya yang masih bersekolah,” katanya. Mek Jah berkata, dia tidak mahu menyusahkan orang lain, namun berharap ada pihak membantu terutama dalam menyediakan kediaman lebih selesa untuk dia sekeluarga.


Katanya, kemiskinan yang dilalui membuatkan anaknya terperap di kawasan sekeliling rumah dan tidak pernah kenal makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), sehingga berpeluang merasainya selepas dibawa wartawan.

sumber : myMetro

No comments: