Partime Job

Thursday 22 March 2012

Belasah, bakar telinga mangsa

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bukan saja dipukul tiga lelaki tidak dikenali di muka menggunakan paip getah, malah telinga kirinya turut dibakar dengan pemetik api sebelum disamun kumpulan terbabit dalam kejadian di hentian bas Jalan Pekeliling, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 33 tahun menaiki teksi dipandu seorang lelaki berusia 30-an untuk pulang ke rumahnya di Damansara.
Menurut sumber, sebaik masuk ke dalam teksi itu, tiga lelaki tidak dikenali dipercayai bersubahat dengan pemandu teksi berkenaan meluru masuk sebelum pemandu terbabit terus memecut.

“Ketiga-tiga suspek kemudian memukul mangsa di muka, badan dan tangan menggunakan paip getah. Mangsa berulang kali merayu dikasihani, namun tidak diendahkan.

“Seorang suspek terus memukul kepala mangsa menggunakan paip getah sebelum mereka berhenti dan mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai,” katanya

sumber : mymetro

No comments: