Partime Job

Thursday 8 March 2012

Belasah abang rebut kereta

AMPANG: Gara-gara berebut kereta, seorang abang cedera dibelasah adik lelakinya yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan abangnya tidak membenarkannya menggunakan kereta berkenaan.

Mangsa yang berusia 32 tahun itu cedera di muka dan terpaksa menerima rawatan di hospital sebelum nekad membuat laporan polis, pagi semalam.


Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa yang tinggal di Taman Muda, di sini, memarahi adik lelakinya berusia 20-an itu ketika berada di rumah kira-kira jam 9 malam kerana menyebabkan salah satu cermin kereta milik keluarga rosak.

“Mangsa kemudian tidak membenarkan adik lelakinya itu menggunakan kereta berkenaan lagi selepas ini. Adik mangsa dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan itu dan mula mengamuk menyebabkan ibu mereka yang menyedari pergaduhan adik beradik itu meleraikannya.

sumber : myMetro

No comments: