Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Batu punca cermin pecah

PUTRAJAYA: “Kebetulan ada orang guna pemotong rumput...batu terpelanting dan kena cermin lalu pecah,” kata Pengarah Bahagian Siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes cermin tingkap kanan belakang kereta milik bekas juruperunding National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Samsubahrin Ismail yang dilaporkan pecah di tempat meletak kereta di Kompleks D di sini, baru-baru ini.


Menurutnya, kejadian berlaku secara kebetulan kerana pada masa itu pekerja memotong rumput berada di kawasan berkenaan.

“Ia tiada unsur khianat. Kebetulan masa itu ada orang potong rumput dan batu terpelanting lalu terkena cermin kereta. “Malah, kita sudah membuat laporan polis lebih awal sebenarnya. Oleh kerana kereta itu dalam simpanan kita (SPRM), kita (akan) baiki kereta itu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat SPRM, di sini, semalam. Kereta jenis Mitsubishi ASX yang pecah cermin itu disita SPRM bersama dua lagi kenderaan lain milik Samsubahri iaitu Mitsubishi Triton dan Mitsubishi Grandis hitam pada Disember tahun lalu.


Sementara itu, Samsubahrin berkata, beliau hanya menyedari perkara berkenaan selepas dimaklumkan pemandunya ketika tampil memberi keterangan sebagai saksi berkaitan kes dihadapinya, semalam.

sumber : mymetro

No comments: