Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 9 March 2012

Apple perkenal iPad baru lebih jelas, pantas

SAN FRANCISCO: Syarikat Apple mempamerkan produk terbaru mereka - iPad yang dipertingkatkan dengan kelebihan skrin yang lebih jelas serta pemproses lebih pantas.

Di sebalik khabar angin kononnya ia akan dikenali sebaegai iPad HD atau iPad 3, Apple hanya memperkenalkan produk itu sebagai iPad versi baru.


Ia mempunyai saiz dan bentuk sama dengan versi terdahulu, tetapi dengan paparan paling berkuasa pernah dilihat dalam mana-mana peranti mudah alih pernah dicipta setakat ini.

Dengan memiliki resolusi 3.1 juta piksel, paparan pada iPad baru itu lebih terperinci berbanding televisyen definisi tinggi 40 inci.


Pembaharuan itu didorong penggunaan cip baru yang turut meningkatkan grafik permainan video yang ada di dalamnya, manakala kamera pada iPad dipertingkatkan dengan keupayaan lima megapiksel yang boleh digunakan untuk merakam video berdefinisi tinggi.


Tidak cukup dengan itu, iPad versi baru itu juga memperkenalkan perisian khas yang mampu menukar pertuturan penggunanya menjadi teks.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, berkata sekali lagi syarikat itu memberi makna baru kepada produk yang dihasilkan pertama kali dua tahun lalu.


“Saya harap anda dapat melihat mengapa kami percaya iPad mempunyai potensi amat besar dan ia adalah permulaan kepada era pascakomputer peribadi dunia.

“Apple baru saja memulakan era itu,” katanya. - DM

No comments: