Partime Job

Thursday 8 March 2012

Ajal balik hantar anak

LENGGONG: Seorang ibu tunggal sempat menghantar dua anaknya ke sekolah dengan menunggang motosikal sebelum dia maut digilis bas ekspres ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi semalam, mangsa, Faridah Mohd Nor, 46, dari Kampung Cherakoh, Raban di sini, maut apabila motosikal dinaiki dirempuh bas ekspres berhampiran Kilometer 28.1, Jalan Kuala Kangsar-Gerik.
Ibu mangsa, Som Ahmad, 86, berkata kemalangan berlaku ketika Faridah melalui simpang lampu isyarat ke Kampung Cherakoh berhampiran Jambatan Raja Nazrin Shah, di sini, selepas menghantar anak lelakinya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah (SMKSAS) Lenggong.

Menurutnya, Faridah sebelum itu sempat bertanyakan sama ada dia mahu bersarapan pagi bersama sebelum menghantar anak ke sekolah selepas solat Subuh.


“Saya minta mereka saja yang bersarapan kerana khuatir Faridah terlambat menghantar dua anaknya ke sekolah sejauh tiga kilometer dari rumah kami.

Sumber : myMetro

No comments: