Partime Job

Thursday 8 March 2012

Ainur derita kanser rektum

As salam & Salam sejahtera...
Berita adik Ainur ni da masuk Sinar Harian 29/02/2012 aritu..
Adik Ainur yg dimaksudkan adalah anak kpda pengusaha Taska Ainur Kasih.
Adik Ainur kini menghidapi Kanser rectum tahap 4...
Kepada semua yang bermurah hati....boleh la menderma kepada keluarga Ainur ni seikhlas hati...
xdpt menderma RM...derma doa pun xpe..semoga Ainur cpt pulih dri penderitaan sakit yg ditanggung olehnya.... Aminnnnn



BANDAR TEMERLOH – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temerloh Jaya tidak menyangka zaman remajanya terpaksa dihabiskan di atas katil selepas disahkan menghidap kanser rektum kira-kira setahun lalu.

Ainur Rasyieda Mohd Rostam, 14, disahkan menghidap kanser tahap empat Januari tahun lalu ketika dia masih bergembira bersama rakan-rakan memasuki alam sekolah menengah.

Ibunya, Julia Abdullah, 36, berkata, dia mula mengesyaki ada sesuatu tidak kena selepas Ainur kerap muntah dan kemuncaknya apabila anak sulungnya itu tidak dapat membuang air besar selama tiga minggu.

Menurutnya, tiga bulan sebelum disahkan menghidap kanser rektum, pelbagai ikhtiar dilakukan dia dan suami Mohd Rostam Mohd Husain 38, untuk mencari punca penyakit anaknya.

“Selepas disahkan doktor, kami bawa Ainur mendapatkan rawatan kemoterapi ­selama 25 hari di HUKM (Hospital Universiti Ke­bangsaan Malaysia), setiap hari bekerja. Peritnya melihat keadaan Ainur ketika itu hanya ALLAH yang tahu.

“Selepas rawatan, kami mula nampak perubahan apabila sel-sel kanser yang menyerang Ainur mula kecut dan Ainur kembali ceria seperti sebelumnya,” katanya.

Julia ditemui di rumahnya sewaktu kunjungan ahli jawatankuasa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang di Taman Bahagia Court, di sini.

Julia berkata, kegembiraan dia sekeluarga sekali lagi terencat apabila Ainur mula mengadu sakit semula pada Oktober tahun lalu.

Menurutnya, kemuncaknya pada 25 Disember lalu, Ainur terus tidak dapat bergerak dan terlantar di atas katil serta perlu dibantu serba serbi.

“Saya terpaksa berhenti kerja di sebuah syarikat swasta semata-mata untuk menjaga Ainur. Kini kami sekeluarga hanya bergantung pada pendapatan suami yang bertugas sebagai pemandu ambulans di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

“Sekurang-kurangnya RM1,000 diperlukan untuk Ainur setiap bulan. Walaupun ia jumlah yang besar tetapi kami tetap akan ikhtiarkan. Jika ada yang bersimpati boleh menghubungi kami di talian 019-2754575,” katanya.

Kepada mereka yang ingin membantu boleh memasukkan terus bantuan ke akaun Maybank 106053053449 atas nama Norlida @ Julia Abdullah.

sumber : Sinar harian

No comments: