Partime Job

Thursday 22 March 2012

2 maut lompat bas

RANAU: Dua penumpang bas ekspres maut manakala dua lagi parah apabila keempat-empat mereka nekad melompat keluar daripada bas dinaiki yang secara tiba-tiba berundur selepas melanggar kereta di depan.

Kemalangan itu berlaku di Kilometer 35, Jalan Telupid - Ranau, berhampiran Kampung Nambutan, di sini, kelmarin.
Sebelum kejadian, bas membawa 36 penumpang, seorang pemandu dan seorang kelindan itu dikatakan dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau, sebelum hilang kawalan ketika menaiki bukit, kira-kira jam 5 petang.

Penumpang, Nahawara Beddu, 44, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala Irlisafatin Jaffar, 23, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Ranau.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, dua lagi mangsa yang turut cedera parah belum dikenal pasti identiti dan masih dirawat di hospital sama

sumber : b

No comments: