Partime Job

Thursday 8 March 2012

189 orang di FELDA Jelai 4 Gemas dipindah akibat banjir

SEREMBAN: Seramai 189 orang dari kawasan Blok 19, Felda Jelai 4, Gemas, dipindahkan ke tempat selamat selepas kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat petang semalam dan malam tadi, mengakibatkan Sungai Muar melimpahi tebing.

Mereka dipindahkan ke Sekolah Agama Rakyat Jelai 4 selepas kawasan rumah mereka dinaiki air sedalam satu meter pada 11 malam tadi, demikian menurut laman Facebook Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan hari ini.
Pasukan penyelamat terdiri anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis dan Ikatan Relwan Rakyat (RELA) membantu menjalankan kerja pemindahan dan menyelamat.
Penduduk sekitar diminta sentiasa peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan memaklumkan segera kepada pihak berkuasa jika berlaku banjir. - BERNAMA

No comments: